fbpx

Rakuten Trade tambah baik khidmat dagangan di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kazumasa Mise (kanan) dan Pengurus Bantuan Pendidikan dan Pemasaran Digital Rakuten Trade, Hooi Mun Keong pada sesi pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Rakuten Trade Sdn. Bhd. (Rakuten Trade) melancarkan perkhidmatan Pasaran Asing yang ditambah baik, yang antara lain menyediakan manfaat kemudahan mata wang asing.

Pelabur kini boleh menukar dana dengan mudah antara ringgit dan dolar Amerika Syarikat (AS) menerusi aplikasi iSpeed.my dan platform web dan pertukaran dibuat dalam masa sebenar, pada kadar kompetitif.

Langkah membangunkan platform Pasaran Asing ditambah baik bertujuan meningkatkan pengalaman berdagang di pasaran AS dan menarik perhatian lebih ramai pelabur digital yang sebelum ini mempunyai pilihan broker yang terhad.

Justeru, ramai pelabur membuat keputusan untuk mendaftar dengan broker luar negara untuk melabur dalam pasaran AS.

Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Trade Kazumasa Mise berkata, hampir 25,000 akaun perdagangan AS telah diaktifkan menerusi Rakuten Trade sejak pihaknya memperkenalkan perkhidmatan berkenaan pada Januari 2022.

“Kemudahan ini juga menjadi pemangkin bagi pelabur baharu untuk menguji strategi perdagangan di Bursa Malaysia sebelum mempelbagaikan operasi ke pasaran AS.

“Setakat ini, lebih daripada 85 peratus pelanggan kami berurus niaga di Bursa Malaysia sebelum menceburi pasaran A.S dan hasilnya, Rakuten Trade terus mencatatkan pertumbuhan perdagangan yang lebih kukuh di NYSE (Bursa Saham New York) dan NASDAQ,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat pada 31 Julai 2022, Rakuten Trade telah mengaktifkan lebih daripada 250,000 akaun perdagangan dan mengendalikan urus niaga bernilai lebih daripada RM105 bilion di Bursa Malaysia, manakala aset pelanggan yang dipegang di bawah amanah hampir mencecah RM3.5 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI