fbpx

Erling Haaland dijangka terus mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORMASI dan pilihan pemain untuk perlawanan FPL minggu kelima.

KEHANGATAN saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin dirasai oleh setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) menjelang perlawanan minggu kelima awal pagi esok.

Para pengurus FPL perlu merencanakan percaturan terbaik tanpa menolak banyak mata minggu ini kerana setiap pasukan hanya mempunyai tempoh rehat singkat sebelum minggu keenam berlangsung Sabtu ini.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL dari segi pemilihan kesebelasan pemain yang mampu mengha­diahkan ‘kegembiraan’ dengan meraih mata maksimum buat pasukan-pasukan pada saingan kali ini.

KAPTEN

ERLING HAALAND

ERLING Haaland dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi semasanya yang cemerlang selepas meledak hatrik pertamanya bersama City selain mengungguli carta penjaring terbanyak dengan enam gol setakat ini.

PENJAGA GOL

JOSE SA

JOSE SA dijangka tiada masalah untuk memastikan gawang Wolves tidak bolos apabila menentang Bournemouth yang hanya mampu menjaringkan dua gol daripada empat perlawanan setakat ini.

PERTAHANAN

TRENT ALEXANDER-ARNOLD

TRENT Alexander-Arnold dilihat sudah kembali menemui prestasi terbaiknya selepas menjaringkan satu gol cantik selain mencipta satu umpanan jaringan ketika membelasah Bournemouth 9-0 pada Sabtu lalu.

TENGAH

RAHEEM STERLING

RAHEEM Sterling berpotensi untuk meneruskan rentak cemerlangnya menentang Southampton awal pagi esok selepas membuka akaun jaringan buat Chelsea sejak berhijrah dari Manchester City awal musim ini.

PENYERANG

GABRIEL JESUS

GABRIEL Jesus terus menjadi sandaran utama Arsenal di bahagian depan untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih 100 peratus apabila menanti kunjungan Aston Villa di Emirates. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI