fbpx

Dua pendayung bertaraf dunia serikan POPIC 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYNARD antara salah seorang pendayung bernama besar menyertai saingan POPIC 2022 yang kali pertama akan diadakan di Pahang.

PETALING JAYA – Acara sukan kanu antarabangsa, Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022) dari 7 hingga 11 September bakal menjanjikan perlumbaan yang cukup hebat apabila berjaya menarik penyertaan dua pendayung bertaraf dunia dari New Zealand dan Australia.

Pendayung wanita dari New Zealand, Danielle McKenzie pernah menggegarkan arena perlumbaan kanu laut apabila menjuarai Kejohanan Dunia Kanu Laut 2019 di Perancis.

Bagi kategori lelaki antarabagsa, pendayung dari Australia, McKenzie Hynard pula sudah membayangkan gelaran POPIC 2022 bakal menjadi miliknya.

Hynard mempunyai resume menarik sebagai bekas naib juara dunia bawah 23 tahun (B23) pada 2017 selain meraih tempat ke-8 kategori elit pada 2019.

MCKENZIE

Selain mereka berdua, penganjur juga telah mengesahkan penyertaan pendayung-pendayung hebat dari Afrika Selatan, Jepun, Singapura dan Thailand termasuk tuan rumah Malaysia bagi kategori antarabangsa.

Pengesahan penyertaan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn. Bhd., Emir Abdul Jalal, yang merupakan penganjur kejohanan tersebut.

“Kehadiran bekas juara dunia 2019, McKenzie dan naib juara dunia B23 2017 (Hynard) jelas bakal memberikan impak cukup besar kepada penganjuran POPIC 2022.

“Semoga dengan penyertaan mereka bakal menarik minat lebih ramai lagi pendayung hebat dari luar negara selepas ini. Bagi acara yang baru diperkenalkan, ini merupakan permulaan yang cukup baik,” katanya.

Bagi memastikan kejohanan berjalan lancar, penganjur juga melantik bekas juara dunia 12 kali kanu laut, Oscar Chalupsky dari Afrika Selatan sebagai pengarah perlumbaan.

Oscar yang kini berpengkalan di Portugal, merupakan ikon perlumbaan kanu dunia selain berkhidmat sebagai jurulatih kepada ramai pendayung hebat di sekitar Eropah.

Beliau akan dibantu jawatankuasa teknikal yang diurus sepenuhnya Persatuan Sukan Kanu Pahang diketuai oleh presiden persatuan itu, Mohd. Nazir Mohd. Sakari.

Sebagai rekod, POPIC 2022 akan berlangsung di Pantai Hiburan, Rompin (7 September); Pantai Lagenda, Pekan (8 September); Pantai Balok, Kuantan (9 September); Pantai Cherating, Kuantan (10 September) dan berkahir di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan pada 11 September. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI