fbpx

Covid-19: 2,191 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,191 kes semalam termasuk satu kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,738,119 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,796 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,707,095 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 32,901 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 1,607.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 720 diikuti Kuala Lumpur (398), Sabah (212), Perak (180), Negeri Sembilan (119), Johor (87), Pulau Pinang (83) dan Melaka (79).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (78), Sarawak (54), Kelantan (53), Pahang (48), Terengganu (48), Putrajaya (20), Perlis (8) dan Labuan (4),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,198.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,694 setakat ini.

Tambahnya, sebanyak 31,527 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,282 kes di hospital, 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 48 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI