fbpx

Tersalah tekan pedal minyak, kereta rempuh kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Honda Accord yang merempuh kedai tersebut di Hutan Melintang, Teluk Intan semalam.

TELUK INTAN – Gara-gara tersalah tekan pedal minyak, kereta dipandu seorang lelaki warga emas meluncur laju lalu merempuh sebuah kedai telekomunikasi di Hutan Melintang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian sekitar pukul 3.25 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 64 tahun mahu masuk kawasan parkir di hadapan kedai berkenaan.

Katanya, semasa mahu meletak kenderaan di dalam kawasan parkir, lelaki terbabit telah tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Honda Accord itu hilang kawalan lalu terbabas masuk dalam kedai.

“Akibat kejadian itu, premis berkenaan mengalami kerosakan termasuk barang dan peralatan rosak kerana dilanggar.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan orang awam yang berada di dalam kedai berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI