fbpx

Konsert ini pengubat duka saya – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Noh Salleh pada konsert 3 Generasi di Zepp KL malam tadi.

KUALA LUMPUR – Terharu dengan penerimaan peminat yang masih menyokong karier seninya, penyanyi Noh Salleh menyifatkan konsert 3 Generasi di Zepp KL bersama kumpulan Spider dan XPDC malam sebagai pengubat rasa dukanya selepas melalui pelbagai kontroversi tahun ini.

Turut berbangga sepentas bersama pemuzik otai, Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 37, juga erterima kasih kepada pihak penganjur yang memberi peluang mempersembahkan karya seni miliknya kepada umum.

“Saya berbangga dapat buat persembahan di atas satu pentas dengan Spider dan XPDC serta berpeluang menunjukkan karya-karya seni Noh Salleh.

“Selain itu, tahun ini macam-macam hal yang berlaku dan konsert ini juga boleh dikatakan sebagai pengubat rasa duka sebenarnya,” katanya di atas pentas sebelum menamatkan persembahannya.

Selain itu, dia turut meraih jeritan I Love You (saya cintakan awak) daripada peminat wanitanya.

Meskipun tidak membalas, jawapan yang diberikan turut mengundang perhatian ramai.

“Eh, aku pun sudah single (solo),” selorohnya.

Pada konsert sama, vokalis kumpulan Hujan itu mendendangkan lagu-lagu solo popularnya seperti Angin Kencang, Bisikan dan Renjana.

Dalam pada itu, pihaknya turut menolak untuk ditemu bual media selepas konsert berakhir.

Sementara itu, menerusi acara sama, kumpulan Spider dan XPDC mengubat rasa rindu peminat yang lama menanti untuk menyaksikan persembahan mereka dalam sebuah konsert sebegitu.

Antara lagu popular yang dipersembahkan Spider ialah Mungkinkah Terjadi, Mabuk dan Kelawar Vampira.

Manakala, XPDC pula menyampaikan lagu C.I.N.T.A, Selendang Merdeka dan Semangat Yang Hilang.

Bagaimanapun, vokalisnya Mael mengalami masalah kesihatan selepas mendendangkan lebih empat buah lagu dan digantikan oleh anaknya yang dikenali sebagai Afil untuk tiga buah lagu terakhir.

Acara yang berlangsung selama tiga jam itu dihadiri lebih 3,000 orang penonton.

Baru-baru ini, nama Noh pada tahun ini memanas selepas tular videonya menghembus asap vape ketika ditemu bual media berhubung isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.

Tidak sebulan kemudian, dia turut mengesahkan perceraiannya dengan penyanyi Mizz Nina pada 4 Ogos lalu.

Namanya kembali tular apabila muncul memperagakan koleksi pakaian jenama tempatan pada minggu fesyen baru-baru ini dengan memegang sebatang rokok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI