fbpx

Bukan gimik murahan, bukan juga kekasih Shuib – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA

KUALA LUMPUR – “Kalau saya muat naik gambar bergaya cantik-cantik, ‘like’ (tanda suka) yang saya dapat hanya beberapa sahaja. Berbeza pula kalau saya berkongsi gambar atau video bersama lelaki, netizen lagi suka”.

Demikian ungkap pelakon Zara Zya mengulas kemesraannya bersama pelakon Shuib seperti yang sering dipertontonkan kepada umum. Alasan tersebut sekali gus menjadi satu penafian pelakon itu tentang dakwaan ramai berhubungan status sebenarnya bersama usahawan terbabit.

Pada masa sama, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut menyifatkan khabar angin tentang hubungannya dengan Shuib bukan satu gimik murahan untuk mempromosikan perniagaan.

“Apa yang saya lakukan itu (memuat naik gambar bersama Shuib) hanya untuk memenuhi keinginan peminat.

“Bayangkan kalau saya kongsi gambar cantik-cantik, saya hanya dapat beberapa sahaja tanda suka sedangan pengikut saya berjuta-juta dalam Instagram.

“Berbeza pula kalau saya memuat naik gambar atau video yang ada cerita. Mereka (netizen) akan menontonnya dan tinggalkan komen,” katanya kepada Kosmo!

Ketika disoal tentang hubungannya bersama pelawak berusia 37 tahun itu, Zara, 36, menegaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa bersama Shuib selain daripada rakan artis dan juga perniagaan.

Bagaimanapun, Zara mengakui bahawa Shuib merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa memberi sokongan terhadap rakan artis yang lain.

“Dia (Shuib) baik. Kami pun pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi itu dulu, sudah lama berlaku,” katanya.

Selepas ‘dijodohkan’ netizen dengan beberapa orang lelaki sebelum ini, Zara berkata dia tidak kisah atau ambil pusing dengan perangai peminatnya yang ingin tahu tentang identity lelaki yang bakal menjadi pasangan hidupnya (suami).

“Saya tidak kisah pun kerana mereka (netizen) ini mengikut musim (menjodoh-jodohkan). Dengan sesiapa sahaja saya rapat (kenalan lelaki), mereka (netizen) akan kata saya ada hubungan istimewa dengannya.

“Mungkin sebab faktor usia saya yang masih belum berkahwin. Rakan-rakan artis seusia saya juga ramai yang sudah berkahwin.

“Bahkan ada peminat saling berlawanan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pasangan terbaik saya,” kata Zara ketika ditemui pada majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras di sini, hari ini.

Tambah Zara, dia tidak terbeban dengan isu jodoh. Namun adakalanya tertanya-tanya mengapa peminat suka menjodoh-jodohkannya dengan sesiapa sahaja.

Selain Shuib, pelakon drama Pia itu pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa dan pelakon Azlee Khairi.

Zara sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan bersama Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019, namun pertunangan mereka putus sebulan kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI