fbpx

Ebit Lew akan dibicara 11 pertuduhan gangguan seksual September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas popular, Ebit Lew akan dibicarakan atas 11 pertuduhan membabitkan gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, bermula 27 hingga 30 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A. Skandaguru mengesahkan perkara berkenaan.

“Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Februari lalu atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Tertuduh akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September 2022 di mahkamah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual sejurus dihadapkan di Mahkamah Litar Tenom, pada 18 Februari lalu.

Ebit, 37, didakwa atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Pertuduhan didengari Majistret Nur Asyraf Zolhani yang kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun.

Ebit kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI