fbpx

California haram jualan kereta petrol 2035

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di plaza tol San Francisco-Oakland Bay Bridge pada 24 Ogos lalu. - Getty Images

SACRAMENTO, California – Pentadbiran negeri California di Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk mengharamkan jualan semua kenderaan baharu berkuasa petrol menjelang 2035, lapor stesen penyiaran NBC kelmarin.

Keputusan itu dibuat  ketika negeri California berusaha menangani krisis perubahan  iklim secara agresif. Antara penyumbang utama kepada pencemaran itu adalah asap kenderaan.

Kereta, trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV)  yang menggunakan petrol adalah antara pengeluar terbesar pelepasan karbon(asap)  yang mencemarkan alam sekitar.

Peraturan baharu California itu menyatakan bahawa 100 peratus  kenderaan baharu yang dijual di negeri itu menjelang 2035 tidak boleh mengeluarkan gas rumah hijau.

Lembaga Sumber Udara California juga menetapkan matlamat sementara untuk memastikan 35 peratus kereta baharu yang dijual menghasilkan sifar pelepasan asap menjelang 2026 dengan matlamat 68 peratus pada  2030.

Bagaimanapun, pemandu masih boleh menggunakan kenderaan enjin petrol yang dimiliki sebelum peraturan itu berkuatkuasa.

Sepanjang  tempoh 12 tahun yang lalu, California telah memberikan lebih rebat lebih  AS$1 bilion (RM4.4 bilion) rebat untuk penjualan sejumlah 478,000 kenderaan elektrik, ‘plug-in’ atau hibrid,

Halangan utama yang mesti diatasi oleh negeri California bagi mencapai matlamat tersebut  adalah memperluaskan akses kepada stesen pengecas elektrik.

Walaupun Kongres meluluskan  rang undang-undang infrastruktur berjumlah AS$1 trilion (RM4.4  trilion)  pada tahun lalu termasuk peruntukan untuk membina stesen pengecas dalam jarak  setiap 80 kilometer (km) di  sepanjang lebuh raya rentas negeri, California  perlu membelanjakan wang berbilion-bilion lagi untuk membina rangkaian stesen pengecas yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Gabenor California, Gavin Newsom berkata,  beliau merancang menjadikan penambahan stesen pengecas kereta elektrik di kawasan kejiranan berpendapatan rendah sebagai keutamaannya.

“Krisis iklim boleh diselesaikan jika kita memberi tumpuan kepada langkah besar dan berani yang diperlukan untuk membendung pencemaran karbon,” kata Newsom. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI