fbpx

Penjawat awam rugi RM429,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ARAU – Seorang penjawat awam berputih mata selepas kerugian RM429,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pada mulanya, mangsa merupakan seorang wanita berusia 50 tahun itu menerima panggilan telefon tidak dikenali yang mendakwa suspek daripada pegawai Pos Malaysia Berhad.

Katanya, wanita malang itu diberitahu terdapat satu bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu satu keping kad pengenalan dan lima keping kad bank didaftarkan atas nama mangsa ke Sabah.

“Mangsa bagaimanapun menafikan hal tersebut dan diminta untuk membuat laporan polis sebelum disambungkan ke balai polis Sabah.

“Selepas disambungkan ke balai polis Sabah, mangsa sekali terkejut selepas dimaklumkan bahawa nama dan nombor kad pengenalan wanita itu terlibat dalam kes pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, mangsa telah diminta membuat beberapa transaksi bagi menyelesaikan kes ini ke beberapa akaun bank yang diberikan sindiket.

Menurut Ahmad Mohsin, terdapat 10 transaksi dilakukan bermula 23 Jun hingga 30 Julai lalu membabitkan jumlah RM429,000.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Arau membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sedang giat mengesan suspek terlibat.

“Modus operandi sindiket adalah menghubungi mangsa dan menyamar sebagai penguatkuasa, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan dengan memperdaya mangsa mempunyai tunggakan cukai, pinjaman bank dan lain-lain.

“Mangsa kemudian akan diugut ditangkap serta didakwa di mahkamah dan dilarang berkongsi maklumat panggilan dengan sesiapa sahaja sebelum suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat bank atau memindahkan wang ke akaun tidak dikenali bgai tujuan siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI