fbpx

Mahkamah: Kakitangan APM didenda RM28,000 terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu pertahanan awam didenda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berkaitan pembekalan peralatan pejabat tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Nazrin Mohd. Nasir, 38, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh di penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut tiga pertuduhan pilihan, Mohd. Nazrin sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Pertahanan Awam Gred KP22 di ATM didakwa telah menerima wang tunai berjumlah RM20,500 dan cuba mendapatkan RM18,000 tanpa balasan daripada seorang individu yang merupakan pemilik sebuah syarikat.

Ia yang mana tertuduh ketahui syarikat tersebut tiada kena-mengena dengan tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga restoran berasingan di Putrajaya dan Pahang antara 7 hingga 11 Oktober 2021, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI