fbpx

AS bubar kementerian kawal berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Logo Parodi Lembaga Tadbir Urus Berita Palsu yang dimuat naik di Twitter pada April lalu. - Fox News

WASHINGTON – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) mengesahkan telah menutup Lembaga Tadbir Urus Berita Palsu selepas diluluskan oleh panel semakan, lapor laman berita RT semalam.

Panel berkenaan bersidang lebih sebulan sebelum mencapai kata sepakat untuk menamatkan operasi kementerian tersebut berikutan kecaman meluas terhadap projek berkenaan.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri  (DHS), Alejandro Mayorkas secara rasmi mengumumkan penamatan Lembaga Tadbir Urus Berita Palsu dan membatalkan piagamnya.

Laporan akhir jawatankuasa itu mengesahkan bahawa tidak ada keperluan untuk lembaga berita tidak sahih dengan alasan agensi itu gagal mencapai misi penubuhannya.

Sebaliknya, adalah menjadi tugas DHS untuk menangani aliran ancaman berita palsu yang boleh menjejaskan keselamatan tanah air.

DHS juga melihat keperluan untuk bercakap kepada orang ramai dalam bahasa yang mudah difahami dan menekankan kepentingan kebenaran dalam berita.

Ditulis bersama oleh bekas timbalan peguam negara, Jamie Gorelick, laporan itu juga menyalahkan penggunaan istilah ‘disinformasi’ atau maklumat tidak tepat yang mendorong imaginasi orang ramai mengenai jabatan tersebut.

“Kerja sebenar jabatan ini telah digembar-gemburkan sedangkan ia hanyalah satu pekerjaan mudah.

“Pada akhirnya, jabatan ini tidak mempunyai ‘pen merah’ untuk membetulkan segala-galanya di dunia yang tidak benar,” jelas Chertoff.

Dilancarkan pada April lalu, Lembaga Tadbir Urus Berita Palsu mendapat kecaman serta-merta daripada aktivis kebebasan awam dan penyokong kebebasan bersuara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI