fbpx

Wanita akui terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melissa Borsellino berkongsi bahawa orang ramai cenderung menganggap dia seorang tukang cuci atau buruh. – imanhearts

LONDON – Seorang wanita di Britain mendedahkan sering diberitahu bahawa dia terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster dinding bangunan, lapor akhbar New York Post, semalam.

Melissa Borsellino, 27, memulakan kerjaya sebagai pengurus pub, namun akibat tertekan dengan pelanggan setiap malam, dia memutuskan untuk mengikut jejak langkah bapanya dan berlatih sebagai tukang plaster.

Melissa kini bekerja di tapak bangunan yang penuh dengan lelaki dan belum bertemu mana-mana wanita lain yang bekerja di lapangan.

“Saya perlu meninggalkan industri hospitaliti kerana ia membuat saya cemas. Oleh kerana mengalami disleksia, pilihan saya jadi terhad kerana bergelut untuk menggunakan komputer,” katanya.

Dia kemudian meminta bapanya, Tony, 56, yang merupakan seorang tukang plaster dengan pengalaman 40 tahun untuk menunjukkan kepadanya cara dia bekerja. 

Walaupun Melissa pada awalnya tidak mempunyai stamina, dia mempunyai motivasi untuk bekerja. 

Gadis tersebut memberitahu agensi berita Mercury Press bahawa dia berharap kisahnya memberi inspirasi kepada wanita lain untuk bertahan di tempat kerja terutamanya dalam industri yang didominasi lelaki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI