fbpx
PUTERI BALQIS

Seksi, beraninya Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA juga tak mendengar khabar pelakon remaja penuh karakter, Puteri Balqis. Sepertinya dia sangat sibuk dengan tawaran berlakon dan penggambaran yang tidak putus-putus.

Namun, ada yang menyampai kepada Mizz Lahar tentang penampilannya yang semakin berani dan seksi.

Setahu Mizz Lahar, Balqis seorang yang suka bereksperimentasi dan berani mencuba pelbagai gaya.

Sempat juga membelek beberapa keping foto dalam Instagramnya, mungkin ada benarnya sepertinya yang disampaikan teman Mizz Lahar itu.

Gayanya semakin berani dan paling mencuri perhatian ialah fotonya memakai dres pendek bercorak bunga.

Pelakon itu dilihat menutup ruangan komennya. Mungkin dia malas hendak membaca kecaman atau teguran netizen dan selesa dengan gaya sebegitu.

MIZZ LAHAR: Artis generasi baru memang sukar hendak dihubungi untuk dapatkan komen, ramai juga rakan media mengadu hal sama.

POPULAR