fbpx

‘Jus syabu, ketamin’ RM250 sepeket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang dibungkus dalam pek jus minuman pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Satu sindiket dadah bertindak licik apabila membungkus dadah jenis syabu dan ketamin dipercayai menyerupai pek jus minuman bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik itu terbongkar apabila seorang lelaki berusia 24 tahun diberkas di Taman Pelangi di sini Rabu lalu antara pukul 2.30 hingga 5 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil siasatan mendapati pek-pek mengandungi dadah jenis syabu dan ketamin itu kemudian akan dijual pada harga RM250 di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar raya ini.

“Menerusi serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Modus operandi kegiatan pengedaran dadah ini adalah dengan menyewa apartmen mewah yang berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan mendapati kegiatan sudah dilalukan sejak Mei lalu dan pihaknya sedang mengesan sekiranya terdapat dalang atau individu lain terlibat.

Beliau berkata, menerusi tangkapan itu pihaknya merampas 3.91 kilogram (kg) serbuk ekstasi bernilai RM195,900, 153 gram (g) syabu (15,300), 276 g ketamin (RM41,400), 759 biji pil Eramin 5 seberat 159 g (RM11,925) dan 123 biji pil ekstasi seberat 37 g (RM1,850).

Beliau memberitahu, dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 22,653 penagih sekiranya berada dalam pasaran sementara keseluruhan rampasan bernilai RM266,375.

Pihaknya, turut melakukan sitaan terhadap dua kereta bernilai RM111,000, wang tunai RM4,100 dan satu loket emas dengan sitaan RM1,200 manakala keseluruhan nilai sitaan berjumlah RM116,300.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 30 Ogos untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI