fbpx

Ditembak semasa tunggang motosikal, sempat minta tolong guard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang ditunggang mangsa terbabas di lokasi kejadian di kawasan Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan warga tempatan berdepan detik ngeri apabila ditembak ketika dia sedang menunggang motosikal di kawasan Kota Damansara, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 8.40 malam melaporkan kejadian seorang lelaki telah ditembak.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan awal.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati sebuah motosikal telah ditinggalkan di sekitar kawasan berkenaan dan mangsa dipercayai telah terbabas setelah ditembak suspek,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa yang berumur lingkungan 40-an disyaki telah terbabas selepas ditembak oleh suspek (lelaki) yang tidak dikenali.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri serta mendapat bantuan daripada pengawal keselamatan di kawasan perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Jelas beliau, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada (sebelah kiri) dan lengan sebelah kiri.

Katanya, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI