fbpx

Mahkamah: Rompak RM65, 2 lelaki dijel 3 tahun, 1 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbuatan dua sekawan yang merompak RM65 milik sebuah kedai serbaneka minggu lalu, membawa padah apabila mereka masing-masing dipenjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman terhadap Mohd. Nazir Bahli, 36, dan Ahmad Shahmi Azmi, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh tangkap pada 19 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa telah melakukan samun berkumpulan terhadap seorang pekerja berusia 17 tahun dengan mengambil wang tunai RM65 milik sebuah kedai serbaneka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Taman Pertama, Cheras di sini pukul 9.30 malam pada 18 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI