fbpx

Harga mampu milik bagi tablet reka bentuk premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TABLET terbaharu ini dilengkapi dengan bateri berkasiti besar 7,100mAh, memberikan tempoh penggunaan lebih lama.

MENYEDARI tablet menjadi antara salah satu peranti yang menjadi pilihan pengguna, Oppo melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu Oppo Pad Air.

Ditawarkan pada harga mampu milik, tablet ini dilengkapi dengan paparan IPS berukuran 10.36 inci dengan resolusi 2000×1200 dan menawarkan kadar penyegaran semula 60Hz.

Selain itu, ia dijana dengan pemproses saiz pertengahan iaitu Snapdragon 680 dan didatangkan dengan dua variasi storan berkapasiti 64GB dan 128GB.

Kedua-dua variasi tersebut mempunyai 4GB RAM.

Oppo Pad Air turut mempunyai ciri penambahan RAM yang membolehkannya ditambah pada peranti secara maya.

Daripada sudut rekaan peranti yang berketebalan 6.94 mm dengan berat hanya 440 gram, ia kelihatan premium kerana badannya dihasilkan daripada aluminium.

Selain itu, tablet ini dilengkapi dengan ciri Multi Screen Connect yang menyokong pengguna menjalankan pelbagai tugas dengan dengan telefon pintar mereka.

Ia turut dilengkapi dengan perisian Color 12.1 dan mempunyai pelbagai ciri tambahan seperti pelancaran dua aplikasi serentak.

Dalam pada itu, peranti terbaharu ini sesuai untuk pengguna yang sering menjadikan tablet untuk medium menonton hiburan kerana ia dilengkapi dengan empat pembesar suara yang disokong Dolby Atmos.

Lebih menarik, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang akan memberikan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI