BARU-BARU ini, Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel) telah memperkenalkan ciri pembayaran bil bagi membolehkan pengguna membayar utiliti penting secara terus melalui aplikasi Setel. Ciri tersebut membolehkan pengguna membuat pelbagai bayaran bil penting seperti air, telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar dalam satu platform yang mudah dan lancar. Menerusi integrasi bersama 25 penyedia bil seperti Astro, CelcomDigi, TM, Air Selangor dan Indah Water, pengguna kini boleh mengurus komitmen bulanan dengan lebih pantas serta teratur. Selaras dengan peranan Setel yang semakin meluas menerusi……














