fbpx

Uniten bakal jadi kuasa baharu hoki IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain wanita Uniten meraikan kejayaan bersejarah memenangi pingat emas SUKIPT 2022.

PETALING JAYA – Tidak keterlaluan mengatakan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ketika ini berada pada landasan tepat untuk dikenali sebagai kuasa besar sukan hoki di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Ia berdasarkan pencapaian skuad hoki wanita Uniten meraih pingat emas pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada Ahad lalu.

Menariknya, kejayaan bersejarah itu diraih menerusi kemenangan 1-0 ke atas Universiti Putra Malaysia (UPM) yang selama ini mendominasi saingan hoki wanita SUKIPT selama lima edisi berturut-turut.

Jurulatih skuad wanita Uniten, Lailin Abu Hassan memberikan kredit kepada semua pihak termasuk barisan pemain, kejurulatihan dan pengurusan kerana menjayakan kejayaan tersebut.

“Pihak pengurusan memang teruja kerana (skuad wanita) kali pertama masuk final dan memenanginya. Pasukan lelaki pun menempa kejayaan tersendiri kerana kali pertama dapat masuk ke separuh akhir.

“Sekarang Uniten cuba buka jurusan-jurusan yang lebih mudah untuk memberi ruang kepada pelajar. Kalau sebelum ini orang cakap Uniten swasta kemudian jurusan yang agak sukar seperti kejuruteraan.

“Sekarang ada jurusan-jurusan yang lebih ‘ringan’. Ada ramai juga pemain-pemain remaja kebangsaan yang sambung belajar di Uniten.

“Walaupun Uniten tidak ramai pemain berkualiti tetapi perancangan yang betul boleh berjaya. Semangat dan keinginan tinggi menjadi antara faktor kejayaan Uniten,” katanya.

Sebagai rekod, Nur Syahira Mohd. Yazid muncul wira skuad wanita Uniten selepas meledak gol kemenangan ke atas UPM menerusi pukulan sudut penalti pada aksi final yang berlangsung Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI