fbpx

PRU-15: BN perlu 16 kerusi parlimen dari Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

IPOH – Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Mohamad Hassan berkata, jentera BN Perak telah diberikan tugasan berkenaan bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

“Di Perak ini ibu pejabat dan jawatankuasa saya telah memberi satu tugas yang berat kepada Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan rakan-rakan, iaitu kami mahu 11 kerusi parlimen ini kita kekalkan (yang disandang).

“Kita juga mahu sekurang-kurangnya lima lagi kerusi. Jadi 16 kerusi mesti ada daripada Perak kerana saya telah membuat perkiraan untuk melengkapkan bahawa BN boleh menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Jentera BN PRU15 Negeri Perak di Hotel Casuarina, Meru di sini semalam.

Mohamad juga turut menetapkan sasaran kepada BN Perak untuk memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan parti tersebut menubuhkan kerajaan negeri dengan selesa.

Katanya, beliau melihat kemungkinan untuk BN menambah sembilan lagi kerusi pada PRU-15 dan mengekalkan 27 kerusi yang disandang parti itu sekiranya semua jentera bekerja kuat pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata sembilan kerusi yang menjadi sasaran BN Perak untuk ditambah pada PRU-15 melibatkan dua lapisan (tier) iaitu lapisan pertama lima kerusi dan lapisan kedua empat kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI