fbpx

[VIDEO] Mahkamah: Laungan ‘Selamatkan Bossku’ bergema di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Najib hadir bagi memberi sokongan kepada beliau di Mahkamah Persekutuan hari ini. FOTO FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Laungan ‘Selamatkan Bossku’ terus bergema di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini dengan dilaungkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri sebagai memberi sokongan kepada perbicaraan kes beliau.

Laungan itu terus dilaungkan ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang mula berada di luar Mahkamah Persekutuan sejak pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, terdapat juga sebanyak enam buah bas membawa penyokong Najib dari Pekan, Pahang untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut salah seorang penyokong, Noriah Ibrahim, dia berada di sini sejak awal pagi tadi bersama badan bukan kerajaan (NGO) Laskar Cyber Malaysia bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri.

“Tidak wajar kalau beliau dijatuhi hukuman hari ini. Perundangan perlu adili beliau sebaiknya, berikan peluang buat Najib untuk membela diri.

“Sebagai rakyat, kami tidak mahu bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara menerima nasib tidak baik (dijatuhi hukuman penjara),” katanya kepada Kosmo! tadi.

Terdahulu, Najib tiba di Mahkamah Persekutuan bagi perbicaraan kes ­ penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd. kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut ratusan penyokong beliau di mana Najib sempat keluar daripada kereta untuk melambai tangan kepada penyokongnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI