fbpx

Kejayaan pasukan lebih penting – Romel Morales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOARALES bercakap kepada pemberita menjelang aksi KL City menentang PSM Makassar pada saingan Piala AFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

PENYERANG Kuala Lumpur City FC (KL City), Romel Morales enggan terlalu memburu ‘hadiah peribadi’ buat dirinya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 hari ini.

Walaupun kemenangan ke atas PSM Makassar di pentas final Zon ASEAN Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam esok bakal melengkapkan sambutan hari jadinya, tumpuan Morales tetap berpaksikan kepada tanggungjawab hakiki untuk membawa KL City mara lebih jauh.

“Tidak kiralah hari jadi atau tidak kerana bagi saya setiap hari adalah cukup istimewa. Ini adalah kali pertama saya sertai pertandingan antarabangsa dan saya akan hadapinya dengan cukup serius.

“Adalah normal untuk saya cuba menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi ini adalah bola sepak. Saya cuba sehabis baik dan kalau tidak mampu mendapat gol, saya akan cuba bantu kawan-kawan.

“Paling penting adalah cuba sehabis baik untuk bantu pasukan,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan di Kuala Lumpur hari ini.

Sejak menyertai KL City musim lalu, Morales sentiasa menjadi watak penting buat The City Boys dan khidmatnya di bawah Bojan Hodak sedikit berbeza apabila diberikan peranan sebagai penyerang utama.

Mengulas perlawanan menentang PSM Makassar malam esok, bekas pemain PKNS FC dan Melaka United itu tetap waspada dan merasakan peluang kedua-dua pasukan masih lagi seimbang.

“Dalam perlawanan pertama di peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik. Kami sudah belajar daripada perlawanan itu malah mula tahu tentang kualiti yang mereka ada.

“Kali ini ia akan menjanjikan perlawanan menarik dan kami perlu tampil lebih bijak. Paling penting kami perlu bermain dengan cara sendiri dan manfaatkan setiap peluang terhidang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI