fbpx

England, Wales membazir lebih 1 trilion liter air setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar 2,923 juta liter sehari hilang dalam tahun 2021, dengan 2,752 juta liter air didapati bocor di England. - National World

LONDON – Lebih 1 trilion liter air dibocorkan oleh syarikat-syarikat pembekal  air di England dan Wales pada tahun lalu, demi­kian menurut perangkaan pihak berkuasa kawal selia bekalan air, Ofswat  seperti yang dilaporkan laman berita MailOnline kelmarin.

Sekitar 2,923 juta liter sehari hilang dalam tahun 2021, dengan 2,752 juta liter air didapati bocor di England, manakala 171.3 juta liter kebocoran lain berlaku  di Wales.

Jumlah itu  bersamaan de­ngan kehilangan 1.06 trilion liter air pada tahun berkenaan, demikian  menurut analisis Ofwat terhadap laporan tahunan syarikat 2021/2022.

Angka membimbangkan itu  disiarkan ketika 24 juta penduduk berdepan  larangan penggunaan hos paip, dengan Thames Water muncul syarikat bekalan air tempatan paling baharu mengumumkan larangan serupa kepada 15 juta pelanggannya  mulai 24 Ogos ini.

Syarikat-syarikat air  Britain menjadi tumpuan kerana membazir berbilion-bilion  liter air setiap hari disebabkan kebocoran paip  ketika banyak kawasan di Britain dilanda kemarau buruk pada tahun ini.

Thames Water membocorkan paling banyak air dengan kehilangan 217 bilion liter air sepanjang tahun lalu.

Severn Trent Water mengikuti di belakang dengan 161 bilion liter air bocor sepanjang tahun diikuti United Utilities dengan 151 bilion liter, Yorkshire Water (103 bilion liter)  dan Northumbrian Water (69 bilion liter).

Pada bulan ini, Thames Water mengaku membiarkan hampir satu perempat daripada semua air yang dibekalkan, bocor melalui retakan paip.

“Kami perlu ‘menjadi lebih cekap’ seperti orang Jerman, yang hanya kehilangan sekitar 5 peratus daripada semua air akibat kebocoran, berbanding 20 peratus di Britain,” kata pengarah strategi firma berkenaan.

Kerajaan Britain mahu kebocoran itu dikurangkan kepada 10 peratus menjelang 2050. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI