fbpx

Tiga bulan kenal pasti faktor krisis bekalan air di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Ahli-ahli Panel Penyemak Bebas (PPB) yang dilantik kerajaan negeri Pulau Pinang diberi masa tiga bulan dari tarikh pelantikan yang berkuat kuasa pada 10 Ogos lalu untuk memuktamadkan dapatan mereka bagi mengenal pasti faktor berlakunya krisis bekalan air pada 6 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, ahli-ahli PBB yang dilantik itu terdiri daripada Datuk Ir. Ting Chek Choon, Datuk Dr. Nor Azazi Zakaria dan Datuk Ir. Lim Chow Hock.

“Ahli PPB yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan air serta pengurusan lembangan tadahan air diberi tanggungjawab untuk membincangkan, meneliti dan mengkaji terhadap laporan post-mortem yang disediakan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung krisis bekalan air yang berlaku 6 Julai hingga 11 Julai lalu.

“Ahli-ahli PPB yang dilantik akan diberi masa tiga bulan dari tarikh pelantikan mereka yang telah berkuat kuasa pada 10 Ogos untuk memuktamadkan dapatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 11 Julai lalu, PBAPP mengumumkan bekalan air pulih sepenuhnya di seluruh negeri ini selepas enam hari gangguan disebabkan oleh penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Penutupan sementara LRA Sungai Dua pada 6 Julai lalu itu disebabkan kadar kekeruhan air mentah yang luar biasa tinggi dari Sungai Muda berikutan banjir di Baling, Kedah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI