fbpx

Tiada desakan, saya mohon maaf – Ifa Raziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA RAZIAH

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tidak puas hati dengannya berhubung kontroversi bergelek yang mencetuskan kecaman hebat baru-baru ini.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata, tindakan dibuat atas kerelaan hati tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Dengan ikhlas daripada hati, saya dengan rendah diri mohon maaf. Kita manusia tak sempurna.

“Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tidak kira di mana anda berada dan saya maafkan juga orang yang mengata.

“Memang niat saya untuk buat permohonan maaf ketika di pentas, tapi tidak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak mengapa.

“Alhamdulillah, permohonan maaf itu dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia dan saya berharap, benda ini tidak lagi berpanjangan,” katanya selepas program pengenalan, Terpaling Juara di TV3 malam tadi.

Pada masa sama, penyanyi lagu Ser Ser Ser itu berjanji akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti mengenai kerja seninya selepas ini.

“Saya sudah lali dengan benda ini. Tetapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.

“Pada masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa-apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik dalam media sosial,” katanya.

Terdahulu, Ifa dikecam teruk selepas tular videonya bergelek dalam sebuah majlis aqiqah. Susulan itu, dia turut ditegur beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun.

Tidak terhenti di situ, Ifa turut membuat siaran langsung sedang bersolat dengan niat menunjukkan amal ibadah yang dilakukannya sebagai orang yang beragama Islam.

Biarpun cuba menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah meninggalkan kewajipan sebagai orang Islam, pendekatan Ifa sebenarnya dilihat semakin memanaskan kontroversi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI