fbpx

Pengantin diangkat kawan redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengantin diangkap oleh rakannya untuk meredah banjir

PETALING JAYA – Majlis persandingan bagi pasangan mempelai dari Johor berlaku kejadian tidak diingini iaitu banjir.

Namun, kehadiran rakan-rakan menunjukkan nilai setia kawan apabila bertindak mengangkat pengantin itu untuk duduk di atas bahu bagi membantunya tidak mengotorkan baju pengantin daripada basah.

Video dikongsikan @NorhayatiKhairi tular di TikTok memaparkan pengantin lelaki itu diangkat rakannya sebelum meredah banjir menunjukkan keakraban persahabatan mereka.

Katanya, kejadian hujan lebat bermula pada pukul 1 tengah hari dan setengah jam kemudian majlis berarak bermula, namun ditunda akibat terkandas banjir.

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai itu berlangsung pada 20 Ogos lalu di Selong Jaya, Johor Bahru.

Semalam, media melaporkan hujan lebat melanda di Johor Bahru menyebabkan beberapa kawasan seperti Kampung Laut Batu 10, Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan dinaiki air lebih dua meter.

Rata-rata pengguna media sosial meninggalkan komen mereka berasa terharu dengan persahabatan pengantin dan rakan-rakannya.

“Bagusnya yang berkorban tu, semoga bahagia pengantin,” Kata Yana.

“Kepada pengantin jagalah sahabatmu, jangan tinggalkan dia semasa susah, saya cari Shopee tiada orang jual sahabat lagi,” ujar Indah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI