fbpx

‘Catwalk’ pegang rokok, aksi Noh Salleh tidak disenangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Noh Salleh yang memegang sebatang rokok ketika memperagakan pakaian daripada sebuah jenama di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) semalam mengundang perhatian ramai.

PETALING JAYA – Seketika menyepikan diri selepas mengumumkan perceraian dengan Mizz Nina, penyanyi Noh Salleh mencuri tumpuan apabila membuat kemunculan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) di ibu negara, semalam.

Pada awal kemunculannya di pentas pentas peragaan, Noh dilihat memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan dalam sebuah video TikTok yang tular.

Vokalis Hujan itu juga dilihat membuat aksi cuba meminta pemetik rokok daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok tersebut di mulutnya.

Biarpun tidak dinyalakan, penampilan penyanyi berusia 38 tahun itu tetap tidak disenangi banyak mata dek kelakuan yang disifatkan tidak sesuai dilakukan dalam acara nasional.

Lebih mengecewakan, perbuatan tersebut sememangnya dilarang dilakukan di tempat awam dan akan menjadi contoh tidak baik terutama buat golongan muda.

Pada acara tersebut, Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, melakukan ‘catwalk’ memperagakan koleksi pakaian jenama Show Super Sunday.

Video tular berkenaan pantas menuai perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan pelbagai reaksi melihat tindak-tanduk penyanyi itu yang selamba memegang rokok di hadapan ramai orang.

Ada netizen yang terkejut melihat diri Noh sekarang yang didakwa sedang memberontak selepas ujian perceraian yang melanda hidupnya bersama Mizz Nina.

“Noh berperang dengan dirinya, masih mencari identiti,” tulis seorang netizen.

Bahkan ada juga yang menyifatkan inilah kehidupan yang dimahukan Noh sekarang selepas bercerai.

“Dia sudah bebas sekarang. Jadi diri sendiri, ya,” kata netizen lain.

Tidak kurang juga, ada netizen meluahkan rasa sedih melihat kehidupan penyanyi itu yang sedang bergelut dengan ujian hidup dialaminya.

“Sedihnya, Allah tengah uji dia,” komen netizen.

Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.

Noh yang pada ketika itu ditanya tentang spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina menghembuskan asap rokok elektronik di hadapan wartawan yang mengerumuninya.

Beberapa minggu selepas itu, Noh dan Mizz Nina mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah berpisah menerusi perkongsian dalam Instagram masing-masing pada 4 Ogos lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka mengambil seorang anak angkat bernama Musa sekitar April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI