fbpx

Azab 25 minit tersepit bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit itu.

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu treler menahan azab lebih 25 minit selepas tersepit akibat bertembung dengan sebuah treler lain dalam kemalangan di Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Tali Air 3, Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan lelaki berusia 24 tahun yang cedera di kaki.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.25 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dan Sekinchan dikerah dalam operasi berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika pemandu treler bermuatan kapur itu melanggar sebuah treler yang keluar di simpang jalan tersebut.

“Perlanggaran itu mengakibatkan kaki mangsa tersepit dan menahan kesakitan selama 20 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI