fbpx

PM Finland jalani ujian dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANNA MARIN mengadakan sidang akhbar di Helsinki, Finland kelmarin. - AFP

HELSINKI – Perdana Menteri Finland,  Sanna Marin memaklumkan kelmarin bahawa beliau telah menjalani ujian dadah, lapor akhbar laman berita Arab News kelmarin.

Marin berbuat demikian  susulan pendedahan rakaman video awal minggu ini yang menunjukkannya berparti bersama rakan-rakan, namum beliau berikrar  tidak pernah mengambil dadah.

“Hari ini (kelmarin) saya menjalani ujian dadah, manakala keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu. Tidak pernah dalam hidup ini, saya mengambil dadah,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Tambah Perdana Menteri berkenaan, keupayaan untuk melakukan tanggungjawabnya tidak terjejas pada hari berkenaan, manakala beliau akan meninggalkan parti tersebut sekiranya diperlukan untuk tugasnya.

Klip video beliau  berparti liar bersama beberapa pesohor media sosial dan artis Finland mula tersebar di media sosial awal minggu ini sebelum disiarkan oleh media tempatan dan luar negara.

Marin berdepan gesaan untuk menjalani ujian dadah daripada ahli politik dalam kalangan kerajaan campuran pimpinannya di samping pembakang selepas rakaman itu muncul dan tersebar.

Marin berkata, beliau ada meminum alkohol semasa parti tersebut, begitu juga tetamu lain tetapi tiada antara mereka yang mengambil dadah.

Kelakuannya bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak sebagai tidak wajar oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri, namun sebahagian yang lain mempertahankan pemimpin wanita itu.

Mereka menyatakan bahawa Marin berhak  untuk menikmati acara persendirian bersama rakan-rakannya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI