fbpx

Karnival usahawan UDA dan RichWorks bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZ MOHD.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bakal bekerjasama dengan UDA Holdings Berhad dalam penganjuran Karnival UDA USHAniaga, aspirasi keluarga usahawan yang akan bermula pada Jumaat ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, pihaknya sangat menghargai peluang dan kepercayaan diberikan UDA dengan penglibatan dan usaha syarikat membimbing usahawan di negara ini.

Katanya, RichWorks tidak pernah berhenti dalam memberikan sokongan kepada bangsa usahawan sejak 2008 hingga hari ini.

“Kami akan bersama dengan UDA dalam menyokong karnival usahawan yang bakal diadakan di lima lokasi ditetapkan iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor.

“Di setiap lokasi, kami adakan sesi konsultasi bisnes, malah pemberian buku percuma kepada bangsa usahawan di samping perkongsian panduan keusahawanan daripada jurucakap RichWorks termasuk usahawan jutawan berjaya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Radz menambah, pihaknya juga akan membawa sekitar 20 usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks di setiap lokasi untuk menyemarakkan karnival keusahawanan berkenaan.

Maklumat lanjut anda boleh dapati di udamalls.com.my/usha-niaga-keluarga-malaysia/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI