fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan berlaku melibatkan beberapa tempat di kawasan pantai di negeri-negeri Semenanjung serta Sabah pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri-negeri tersebut terdiri daripada Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor selain satu dua tempat di Perlis.

“Selain itu, ribut petir turut dilaporkan di beberapa kawasan sekitar Labuan serta satu dua tempat di pedalaman dan pantai barat Sabah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, hujan turut berlaku di beberapa tempat di kawasan pantai Perak serta satu dua tempat di kawasan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

“Hujan juga dilaporkan di satu dua tempat di Kudat, Sabah.

“Bagi Sarawak pula, hujan pagi ini di satu dua tempat di Kuching dan Serian selain Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR