fbpx

Lelaki mimpi potong daging rupanya ‘kerat’ zakar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atta tidak sedar dirinya bangun dan mencapai pisau untuk memotong zakarnya ketika sedang bermimpi. - Getty Images

ACCRA, Ghana – Seorang lelaki di Ghana terpaksa merayu tabung derma bagi pembedahan selepas terpotong zakar sendiri ketika sedang bermimpi, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kofi Atta,47, terlelap di kerusi rehat dan tanpa sedar bangun mengambil pisau lalu memotong kemaluannya yang disangka daging semasa dalam mimpi.

Atta terjaga dalam keadaan separuh sedar  selepas berasa sakit akibat kecederaan itu dan berjaya meminta bantuan jiran yang terkejut melihat dia dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya sedang duduk di kerusi saya ketika mengantuk. Dalam tidur saya, saya bermimpi bahawa saya sedang memotong daging.

“Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu dan saya sangat keliru,” jelas Atta.

Atta hanya sedar apa yang berlaku bukan mimpi apabila tiba di hospital selepas dibawa oleh dua jirannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI