fbpx

Kajian dapati Covid-19 berjangkit selepas lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJIAN di Britain mendapati pesakit Covid masih boleh menjangkiti orang lain selepas lima hari. - Rosario "Charo" Gutierrez

LONDON – Saintis-saintis di Britain menggesa sekatan Covid-19 kembali dilaksanakan selepas kajian mendapati kebanyakan pesakit koronavirus boleh menjangkiti orang lain untuk tempoh lebih lama berbanding jangkaan, lapor prortal berita MailOnline kelmarin.

Kajian oleh Kolej Imperial London mendapati dua pertiga kes Covid-19 boleh menular  lima hari selepas simptom bermula,  manakala satu perempat masih berjangkit selepas seminggu.

Hasil kajian itu menyangkal garis panduan pihak berkuasa kesihatan Britain yang menyatakan bahawa pesakit Covid-19 tidak boleh menjangkiti orang lain selepas lima hari.

Pada masa ini, pesakit di Britain tidak wajib menjalani kuarantin kendiri selepas positif ujian saringan  Covid-19.

“Pesakit Covid-19 dinasihatkan untuk mengasingkan diri selama lima hari dan tidak menamatkan kuarantin sehinggalah  mereka mendapat keputusan negatif selepas melakukan saringan sebanyak  dua kali,” kata penulis utama kajian berkenaan iaitu Professor Ajit Lalvani dari Kolej Imperial  London.

Hasil kajian itu didedahkan selepas Institut Perubahan Global menggesa London  menimbang semula langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan premis awam tertutup bagi mengurangkan tekanan terhadap pihak berkuasa perubatan menjelang jangkaan peningkatan kes Covid-19 pada musim sejuk tahun ini.

Gesaan itu selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  supaya orang ramai terus memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial.

“Belajar untuk hidup bersama dengan Covid-19 tidak bermakna kita berpura-pura bahawa penyakit ini sudah tiada,” kata WHO.

Pemimpin-pemimpin kesihatan memberi amaran bahawa pihak berkuasa kesihatan Britain bakal berdepan krisis pada musim sejuk tahun ini berikutan ancaman tiga penjuru Covid-19, selesema dan kenaikan harga bahan api.

Kajian disiarkan dalam jurnal The Lancet Respiratory Medicine itu  adalah pertama seumpamanya yang mendedahkan tempoh jangkitan koronavirus dalam komuniti. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI