fbpx

Gaji permulaan bidang kejuruteraaan perlu dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
smail Sabri Yaakob (dua dari kanan) bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) bersalaman dengan para tetamu ketika tiba di Majlis Makan Malam Jubli Emas Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) yang berlansung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur di sini, malam ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula gaji permulaan bidang kejuruteraaan yang rendah ketika ini kerana mampu menjejaskan penglibatan golongan muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius isu tersebut kerana mampu menjejaskan golongan muda menceburi profesion itu dan ia perlu dikaji semula dengan mengambil kira beberapa faktor.

“Perkara ini boleh menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara kerana nisbah seorang jurutera berbanding penduduk di Malaysia, adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Jepun dan Jerman.

“Saya setuju untuk kaji semula gaji dan imbuhan dalam skim Kejuruteraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kepakaran kejuruteraan, kos sara hidup dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).

Turut hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tambahnya, dalam usaha memartabatkan profesion tersebut, jurutera Malaysia perlu lebih agresif untuk berinovasi serta menghasilkan produk dan teknologi yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar Malaysia bukan lagi menjadi sekadar pengguna teknologi tetapi sebaliknya pencipta dan pengeluar teknologi. Inilah yang kita harapkan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berharap agar pemindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dapat dipercepatkan.

“Saya dimaklumkan LJM kini dalam usaha meminda Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dan pindaannya diharap dapat disegerakan supaya mampu berperanan sebagai badan kawal selia profesion kejuruteraan yang berkesan dan profesional demi memelihara kepentingan dan keselamatan orang awam, ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI