fbpx

Blok wanita, kanak-kanak HTAA projek skala besar baharu di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin mengiringi (lima dari kiri) mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Hospital Bera di Bera hari ini.

BERA – Pembinaan blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan antara projek yang akan dilaksanakan dalam usaha meningkatkan infrastruktur kesihatan di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, projek berskala besar yang akan dibina di atas tapak seluas 12.5 hektar itu dijangka memulakan fasa pembinaan padahujung tahun ini.

“Pembinaan blok ini akan mempunyai kapasiti 376 buah katil dan daripada jumlah itu, sebanyak 232 buah katil untuk wad pediatrik manakala 144 buah katil untuk obstetrik serta genekologi.

“Projek yang dijangka siap pada tahun 2026 itu akan memberi manfaat kepada 564,000 penduduk di Bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya,”katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Hospital Bera, di sini hari ini.

Perasmian hospital bernilai RM92.5 juta itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Khairy berkata, terdapat beberapa lagi fasiliti Kementerian Kesihatan baharu di Pahang dijangka siap tahun ini iaitu Klinik Kesihatan serta kuarters di Bandar Raub dan Bangunan Hemodialisis yang sedang dinaiktaraf di Hospital Raub.

Tambahnya, dua lagi Klinik Kesihatan termasuk kuarters di Kampung Temai, Pekan dan Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis telah siap dibina sepenuhnya dan memulakan operasi bermula 1 Julai dan 15 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI