fbpx

2 lelaki gagal hantar 12,200 karton rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor merampas rokok seludup bernilai RM1.8 juta yang dibawa dalam sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki menghantar 12,200 karton rokok tidak bercukai bernilai RM1.8 juta gagal apabila mereka diberkas di Taman Taman Fasa Indah, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi dekat sini, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, kedua-dua suspek merupakan lelaki warga tempatan masing-masing berusia 31 dan 47 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka ditahan ketika sedang membawa barangan kontraban itu menggunakan sebuah lori.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kotak berisi rokok tidak bercukai terdapat dalam kenderaan tersebut, menyebabkan kedua-dua suspek ditahan manakala barangan berkenaan dirampas.

“Terdapat 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok dengan anggaran rampasan keseluruhan yang dibuat dalam operasi tersebut adalah RM1,830,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, salah seorang suspek turut ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” ujarnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI