fbpx

Robert Lewandowski pasang janji buat peminat Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI percaya skuad Barcelona pada musim ini mampu membantu mereka menamatkan kemarau kejuaraan. – AFP

BARCELONA – Penggempur utama Barcelona, Robert Lewandowski berjanji kepada para peminat setia kelab itu bahawa mereka tidak perlu menunggu lama untuk kembali menikmati kejuaraan selepas ini.

Lewandowski yang melengkapkan perpindahan daripada Bayern Munich berharga €50 juta (RM227.43 juta) bulan lalu, turut meluahkan keinginannya untuk membantu The Catalans me­rampas semula gelaran La Liga musim ini.

“Saya tidak mahu dikenali dalam satu liga sahaja. Saya telah mencapai segala-galanya ketika bersama Bayern dalam saingan Bundesliga.

“Sekarang adalah langkah baharu dalam karier saya. La Liga mempunyai cabaran yang tersendiri, tetapi saya mahu membalas kepercayaan Barcelona dengan memenanginya trofi dan kejuaraan buat kelab ini,” kata Lewandowski.

Biarpun tidak menjaringkan gol sewaktu turun membuat debut ketika seri tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano minggu lepas, tetapi kapten Poland ber­usia 33 tahun itu langsung tidak gusar dengan situasi tersebut.

Lewandowski pastinya berharap dapat membuka akaun ja­ringan bersama Barcelona dalam aksi La Liga seterusnya menentang Real Sociedad di Stadium Anoeta pada Isnin ini.

Ia bukan mudah kerana Sociedad dilihat berada pada landasan terbaik selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Cadiz hasil jaringan Takefusa Kubo sewaktu aksi pembukaan minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI