fbpx
Polis dan penguat kuasa KPDNHEP memeriksa tong dram berisi diesel dan petrol bersubsidi di sebuah rumah di Kampung Kolam, Padang Besar semalam.

Rumah jadi stor simpan petrol, diesel bersubsidi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan petrol dan diesel bersubsidi secara haram di Kampung Kolam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, serbuan pukul 1.30 tengah hari itu dilakukan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan berhubung penyimpanan bahan bakar di lokasi tersebut.

“Ketika serbuan dilakukan, pintu rumah dalam keadaan terbuka, namun tidak berpenghuni.

“Pemeriksaan di dalambya menemui lima tong berisi petrol dan diesel bersubsidi yang disorokkan di dalam premis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut menemui 350 liter diesel, 480 liter petrol, dua unit pam sedut minyak serta empat hos getah yang kesemuanya bernilai RM3,066.  Premis itu beroperasi sejak sebulan lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR