fbpx

Penang lupakan kekalahan, fokus jumpa KDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK Sri Pahang, Nor Azam Azih (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Penang, Mohd. Faiz Subri pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya semalam.

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC enggan terus meratapi kekalahan 2-3 ke atas Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya semalam.

Ketua jurulatihnya, Datuk Zainal Abidin Hassan memandang serius kekalahan itu dan akan berusaha memperbaiki segala kelemahan dari segi strategi dan taktikal bagi mengharungi aksi seterusnya menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 2 September ini.

“Meskipun kedudukan skuad Harimau Kumbang ketika ini berada di tangga tercorot, namun ia tetap dijadikan sebagai batu loncatan kepada anak buah saya untuk memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan seterusnya.

“Hal ini kerana perlawanan kita seterusnya adalah menentang Kedah. Tempoh yang ada ini agak lama dan akan digunakan sebaiknya untuk memperbaiki segala kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Tiga gol Sri Pahang dijaringkan dua oleh Andrea Steven Rodriguez dan satu daripada David Rowley, manakala dua jaringan Penang pula diperoleh menerusi Rafael Vitor serta Lucas Silva.

Tambah Zainal, keseluruhan perlawanan semalam disebabkan beberapa kesilapan mudah selain kekurangan pemain di barisan pertahanan yang biasa diturunkan seperti Adib Raof dan Khairul Akmal.

“Lebih malang lagi berlakunya kecederaan ke atas beberapa pemain sehingga menyukarkan pasukan. Pertukaran beberapa pemain sedikit sebanyak mengubah corak permainan sehingga berjaya meraih dua gol pada babak kedua,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh menjelaskan, kemenangan tersebut adalah hasil daripada persefahaman dan toleransi yang mantap antara semua pihak dari para pemain hinggalah barisan kejurulatihan.

“Kalau sebelum ini, beban dan tanggungjawab ini saya pikul seorang… kini kita ada empat orang termasuk saya, pengurus, penolong ketua jurulatih Datuk Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi di mana kita sentiasa berbincang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI