fbpx

KWAN bantu 44,005 pesakit kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariesza Noor (dua dari kanan) menerima anugerah Anugerah Syarikat Terbaik: Inisiatif CSR Negara Cemerlang di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melalui inisiatif Tanggungjawab Korporatnya (CR), Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) telah memanfaatkan hampir dua juta pesakit setakat ini sejak penubuhannya pada tahun 1998.

Kini, KWAN telah mempergiatkan usaha dan meluaskan sayapnya dengan rangkaian 17 klinik
pesakit luar dan tujuh klinik bergerak di seluruh negara dilengkapi dengan 66 mesin dialysis.

Tahun lalu, seramai 44,005 pesakit kurang berkemampuan telah mendapatkan rawatan      dengan bayaran serendah RM5.

Dari bulan Januari hingga Jun 2022, rangkaian klinik dan pusat dialisis KWAN telah merawat
26,403 pesakit, peningkatan sebanyak 13.8 peratus daripada 23,207 pesakit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, rawatan dialisis turut memberi manfaat kepada 202 pesakit dalam tempoh yang sama, dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 90.18 peratus.

Hasil daripada inisiatif ini, KPJ Healthcare telah dinamakan sebagai Anugerah Syarikat Terbaik:
Inisiatif CSR Negara Cemerlang oleh CSR Malaysia pada Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 202

Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare berkata, anugerah ini adalah bukti kesungguhan KPJ Healthcare dalam membantu masyarakat dan memupuk kesedaran mendalam tentang  kepentingan penjagaan kesihatan.

Jelas beliau, KWAN, melalui 24 kliniknya di seluruh negara, meletakkan keutamaannya untuk  memartabatkan masyarakat dan menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

“Usaha kami tidak akan berhenti di sini dan kami komited untuk memperluaskan rangkaian klinik dan pusat dialisis kami, sekali gus menghubungkan mereka yang memerlukan dengan penjagaan kesihatan yang berpatutan dan berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
.
Selain itu, dalam majlis tersebut, KPJ Healthcare turut memberikan sumbangan sebanyak RM3.12 juta kepada Dana Klinik Waqaf An-Nur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI