fbpx

Sulaiman enggan ulas projek Melaka Gateway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman Md. Ali

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali enggan mengulas berhubung status projek Melaka Gateway yang didakwa belum mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Beliau ketika ditemui pemberita sebaliknya meminta pihak yang melemparkan dakwaan tersebut mendapatkan penjelasan lanjut daripada sumber mereka.

Tegas beliau, buat masa kini tiada keperluan untuk kerajaan negeri memberi pandangan atau menjawab pertanyaan berhubung isu berkenaan.

“Itu kata dia. Dia yang bercakap, tanya pada sumber dari mana dapat (maklumat). Saya tidak mahu komen benda (dakwaan) ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka menghentikan segera projek Melaka Gateway kerana didakwa belum mengemukakan laporan EIA.

Menurut Poay Tiong, jawapan bertarikh 8 Ogos 2022 daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air ketika sesi Parlimen lalu menyatakan pemaju, KAJ Development Sdn. Bhd. masih belum menyerahkan laporan bagi penilaian dan kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Kegagalan Melaka Gateway mengemukakan laporan EIA bertentangan dengan seksyen berkaitan dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling serta Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI