fbpx

Kerani terkejut baki wang simpanan tinggal RM40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guo Nan (dua dari kiri) menunjukkan transaksi wang tanpa pengetahuan mangsa, Chang See Teng (dua dari kanan) dalam sidang akhbar di Pusat Penyelaras MCA Parlimen Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang kerani wanita kerugian RM27,200 selepas simpanannya di dalam bank lesap dalam tempoh kurang 24 jam melalui enam transaksi pemindahan wang kepada individu tidak dikenali pada 13 Julai lalu.

Chang See Teng, 26, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu pada keesokkan hari ketika mahu membuat pengeluaran wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Katanya, dia yang mendapati akaun simpanannya itu telah disekat segera menghubungi pihak bank dan terkejut selepas dimaklumkan terdapat enam pengeluaran wang tanpa pengetahuannya.

“Saya terkejut apabila tahu baki wang dalam simpanan hanya berjumlah RM40. Semua wang simpanan saya lesap tanpa saya tahu siapa penerimanya.

“Saya hairan kerana tidak pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank bagi memaklumkan nombor pengesahan transaksi (OTP),” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Penyelaras MCA Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Menurutnya, transaksi yang dilakukan itu berjumlah antara RM3,000 hingga RM5,000 sedangkan had pengeluaran dan pindahan wang harian yang ditetapkan sebanyak RM5,000.

Katanya, dia kesal apabila wang simpanannya bagi tujuan perubatan itu hilang sekelip mata dan pihak bank juga sehingga kini masih belum memberi penjelasan bagaimana kehilangan wang itu boleh berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI