fbpx

Kanak-kanak maut dijangkiti parasit ‘pemakan otak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas 10 hari keluar berenang di sebatang sungai yang dipercayai mengandungi Naegleria Fowleri. - Getty Images

LINCOLN, Nebraska – Seorang kanak-kanak meninggal dunia di negeri Nebraska, Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas disyaki mendapat  jangkitan parasit Naegleria Fowleri, lapor stesen penyiaran NBC, kelmarin. 

Naegleria Fowleri sering dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak dalam bidang  perubatan, demikian menurut pegawai kesihatan Nebraska.

Mejurut Pengarah Jabatan Kesihatan Daerah Douglas, Lindsay Huse, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Negeri (CDC) sedang menjalankan ujian untuk mengesahkan punca jangkitan.

“Buat masa ini, kami menggesa orang ramai supaya lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila terdedah kepada mana-mana sumber air tawar yang bersuhu panas,” kata Huse pada sidang akhbar.

Jika disahkan, ini adalah kematian Naegleria Fowleri pertama dalam sejarah Nebraska.

Huse enggan memberikan butiran lanjut mengenai identiti kanak-kanak itu bagi menghormati privasi keluarga mangsa.

Beliau berkata, kanak-kanak itu pergi berenang di Sungai Elkhorn pada 8 Ogos lalu dan mula mengalami gejala kira-kira lima hari kemudian.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital dalam masa 48 jam selepas permulaan simptom.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas 10 hari selepas dia pergi berenang, kata penasihat perubatan untuk Daerah Douglass, Dr. Kari Neemann.

Naegleria Fowleri, organisma bersel tunggal, hidup dalam kawsan air tawar seperti tasik, sungai dan mata air panas serta dalam tanah.

Orang ramai boleh dijangkiti jika air tercemar memasuki hidung mereka.

Gejala termasuk sakit kepala, loya, muntah dan leher yang tegang.

Jangkitan parasit ini boleh memusnahkan tisu otak dan menyebabkan pembengkakan otak hingga membawa kepada kematian.

Hanya kira-kira tiga orang di AS yang dijangkiti amoeba pemakan otak setiap tahun dan kebiasaannya berakhir dengan kematian. 

Amoeba berbahaya ini semakin banyak ditemui di negeri-negeri Utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila suhu udara dan air meningkat.

Bagi melindungi diri daripada jangkitan Naegleria Fowleri, Huse mencadangkan penduduk memakai penutup hidung semasa memasuki kawasan berisiko. 

“Pastikan anda tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan air masuk ke dalam hidung seperti luncur air atau menunggang jet ski,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI