fbpx

Dua lelaki maut lori terbakar tersangkut kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANJUNG MANIS – Dua lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik apabila lori bawa jengkaut yang dinaiki tersangkut pada kabel elektrik dalam kejadian di Jalan Kampung Semalau, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.15 pagi sebelum dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.

“Dua lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berkemungkinan terkena renjatan elektrik,” katanya.

Menurut kenyataan itu, anggota kesihatan di lokasi kejadian kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.

Susulan itu, pasukan operasi telah menggunakan hose reel bagi mengawal dan memadam kebakaran berkenaan.

Tambahnya, maklumat terperinci berhubung kedua-dua mangsa belum diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI