fbpx

Netizen sebak, murid darjah 1 bantu rakan istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua keping foto yang dikongsi cikgu tersebut di laman Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Satu perkongsian seorang tenaga pengajar di laman Facebook Sylvester Ronny Pulene mengenai gelagat pelajarnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapit di Sarawak telah meruntun hati netizen.

Dengan menulis ‘erti sebuah persahabatan’ atau ‘pementas enggau kaban’ dalam dielek di negeri tersebut menunjukkan dua keping foto tingkah laku kanak-kanak berusia tujuh tahun yang perlu diambil contoh kepada orang ramai.

Jelas Sylvester, selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas dia terserempak dengan tiga sahabat murid tahun 1 yang man dua orang murid sedang membantu seorang rakan mereka untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.

“Murid ‘J’ ini sememangnya istimewa, dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri.

“Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas,” ujarnya.

Katanya, apa yang membuatkan dirinya bangga apabila dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin terhadap dirinya.

“Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) di kantin sekolah.

“Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak berbeza daripada murid yang lain. Pendek kata, rakan sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepadanya walaupun mereka masih di usia tujuh tahun.

“Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang,” tulis cikgu itu lagi. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI