fbpx

Laporan buli: KKM fahami ekspektasi berbeza generasi baharu di lapangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

REMBAU – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengikuti perubahan zaman dan memahami generasi baharu warga kerja kementerian berkenaan yang mempunyai ekspektasi berbeza membabitkan tekanan kerja.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ramai doktor senior yang melalui budaya kerja sedia ada menyatakan apa yang dilalui adalah “biasa”.

“Tapi kita kena memahami pertamanya apa yang kita buat dahulu bukan semuanya betul dan tekanan kerja hari ini berbeza dengan tekanan kerja dahulu.

“Jadi kena berubah dengan peredaran zaman dan memahami generasi baharu ini mempunyai ekspektasi yang berbeza. Saya agak positif dengan laporan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) dan laporan itu adalah adil teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau di Dewan Perpatih, PPD Rembau, di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata demikian bagi mengulas laporan dikemukakan HWCITF yang mendapati 20 peratus responden dalam kalangan staf KKM mengakui memang wujud budaya negatif termasuk buli ketika bertugas.

Jelas Khairy, tekanan kerja sememangnya ada bertujuan bagi melatih sama ada membabitkan doktor, jururawat, namun tidak wajar sehingga berlakunya pembulian, penghinaan dan juga gangguan sama ada verbal, mental ataupun fizikal.

“Respon awal saya terhadap HWCITF ini ialah KKM akan membawa kepada satu transformasi budaya tempat kerja KKM dan saya akan menggariskan prinsip dan juga nilai budaya kerja yang baharu selepas ini,” ujarnya.

“Garis panduan, nilai dan etika kerja penting tetapi yang lebih penting adalah bagaimana garis panduan diterjemahkan di lapangan. Contohnya cara kerja on call telah ditukar kepada fleksi, maksudnya pegawai perubatan ada shif tetapi bila pasukan semak terhadap pematuhan shif, memang berlaku kes di mana doktor bekerja lebih masa.

“Ini yang mereka complain burnout, letih, anxiety sampai ada yang dah berhenti sebab tak boleh tahan lagi dan menjadi perhatian KKM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI