fbpx

Sensasi Morata, Felix bantu julang Atletico Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kanan) meledak dua gol ketika Atletico tidak berdepan masalah membenam cabaran Getafe awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone menegaskan Joao Felix memiliki kualiti secara semula jadi ketika menyumbangkan tiga bantuan gol untuk muncul sebagai watak penting kepada kemenangan 3-0 ke atas Getafe awal pagi semalam.

Musim lalu Felix berdepan masalah kecederaan dan Mo­rata baru saja menghabiskan tempoh pinjaman ke Juventus, namun persembahan yang dipamerkan kedua-dua pemain ini jelas menjadi kebangkitan semula yang cukup luar biasa buat Atletico Madrid.

Simeone menjelaskan, beliau tiada kata-kata untuk menjelaskan prestasi Felix dan ketika ini aksi atas padang menjadi bukti paling kukuh untuk menggambarkan kualiti sebenar yang dimiliki bintang dari Portugal itu.

“Dia kelihatan cukup matang dan makin kuat. Dia sudah membuktikannya musim lalu sebelum dihimpit masalah kecederaan, namun semua itu nyata mematangkannya.

“Kamu tidak perlu be­kerja keras untuk membuktikan sesuatu kerana ia akan hadir secara semula jadi selepas bekerja keras untuk mencapai tahap ini.

“Dia berbakat besar serta mempunyai misi yang jelas dan saya harap dia mampu serlahkannya ketika atas padang,” katanya.

Mengulas mengenai masa depan Morata, Simeone akui segalanya bergantung kepada pihak pengurusan kelab, namun masih berharap bintang Sepanyol itu akan terus kekal bersama pasukan kendaliannya.

“Saya bukan pemilik kelab, saya hanya seorang jurulatih. Dia bermain dengan cukup baik dan kami harap dia akan terus kekal bersama kami.

“Saya fikir setiap pemain bola sepak miliki keyakinan untuk melakukan tugas penting.

“Dia hadir dengan sikap me­rendah diri, keinginan untuk bekerja dan kekal berusaha untuk mencapai sesuatu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI