fbpx

Pengarah MPK, suami didakwa salah guna kuasa, subahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazliza dan Shahril Nizam ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan salah guna kuasa dan bersubahat bagi kerja-kerja penilaian antara 2019 dan 2020.

Tertuduh, Hazliza Md. Salleh dan Shahril Nizam Mokhtar masing-masing berusia 48 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Hazliza yang merupakan ibu kepada empat anak itu didakwa dua pertuduhan telah menggunakan jawatan bagi pelantikan syarikat tempat suaminya bekerja untuk kerja-kerja Penilaian Kadaran Bagi Harta-Harta Khas (Klang Utara) dan Fasa 4 Bagi Sebahagian Harta di Kawasan Operasi 2 MPK semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga 2019 dan 2020.

Shahril Nizam yang merupakan ejen hartanah pula didakwa dua pertuduhan bersubahat dengan isterinya itu bagi tujuan pelantikan untuk kedua-dua kerja penilaian itu.

Nilai keseluruhan bagi kedua-dua kerja penilaian itu adalah RM575,360. Kesemua kesalahan itu dilakukan pasangan suami isteri itu di MPK pada 3 Mei 2019 dan 19 Ogos 2020.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) dan 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak
kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noryusriza Zulkifli menawarkan jaminan RM30,000 bersama penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran.

Peguam V. S. Selvanteran dan Nurfatin Amirah Mohd. Shaari memohon jaminan dikurangkan dengan kedua-dua anak guam mereka mempunyai penyakit darah tinggi dan jantung.

“Hazliza pula baharu melakukan pembedahan pintasan jantung dengan menjaga empat anak dan kedua-dua bapa mereka yang uzur,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan semua tawaran jaminan termasuk syarat tambahan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes pada 22 September 2022. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI