fbpx
NIZRAN (kiri) bersama Redza Rafiq (tengah) dan Seng Khoon pada majlis pecah tanah projek Nexus Residences di Seksyen 27, Shah Alam semalam.

MHB majukan projek kondominium di luar Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM– Majuperak Hol­dings Berhad (MHB) yang sebelum ini tertumpu kepada projek pembangunan di Perak, berkeyakinan projek sulungnya, kondominum Nexus Residences dengan 153 unit kediaman itu akan mendapat sambutan mengalakkan khusus­nya daripada golongan muda.

Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Nizran Noordin berkata, beberapa tawaran menarik daripada pihaknya bakal memikat prospek membeli kondominium di situ dan antaranya adalah tawaran diskaun 10 peratus kepada kumpulan pembeli awal dan tiada wang deposit dikenakan dikenakan ketika membuat tempahan.

“Selain itu, pengecualian duti setem pada kadar 50 peratus kepada pembeli rumah pertama yang diperkenalkan kerajaan ketika ini juga boleh dimanfaatkan bakal pembeli bagi membeli rumah sulung mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah Nexus Residences di Seksyen 27 di sini semalam.
Gimik upacara majlis itu di­sempurnakan Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak dan

Ketua Pegawai Eksekutif Nexusbase Development Sdn. Bhd. (NDSB), Datuk Lee Seng Khoon.

Menurut Nizran, sebanyak 152 unit kondominium itu dijual pada harga sekitar RM803,400 sehingga RM1.02 juta, dengan keluasan setiap unit di antara 1,309 kaki persegi sehingga 1,700 kaki persegi.

Tambah beliau, sebuah penthouse turut dibina dengan keluasan 5,511 kaki persegi, namun pihaknya belum menetapkan harga bagi unit rumah tersebut.

“Projek pembinaan Nexus Residences dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM122 juta itu akan bermula pada suku keempat tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2026.

“Luas keseluruhan Nexus Residences adalah 0.89 hektar dengan ketinggian sebanyak 26 tingkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nazrin tidak menafikan kenaikan beberapa harga barang binaan memberikan kesan terhadap kos pembinaan projek itu.

Namun menurutnya, MHB telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan kos pembinaan masih terkawal sehingga terpaksa menilai semula harga jualan seunit kondominium. -KOSMO! ONLINE

POPULAR